Kadar keuntungan(rate) Bank-Bank Di Malaysia Bagi Pembiayaan Perumahan
===============================================
Di bawah ini adalah lampiran kadar keuntungan(rate) bagi pembiayaan perumahan bagi setiap Bank di MALAYSIA yang boleh di jadikan rujukan berdasarkan jumlah pembiayaan sebanyak rm 100,000 selama 30 tahun, jika pembiayaan Rm 200,000.00 hanya ganda kan sekali ganda untu dapatkan bayaran bulanan.
Margin Of Finance(MOF)
Bagi pengetahuan umum dan yang pertama kali ingin membuat pembelian hartanah untuk Pembiayaan perumahan dengan mana mana Bank di Malaysia margin of finance atau pinjaman perumahan kebiasaanya di berikan oleh bank hanyalah sebanyak 90 % dari nilai hartanah (market value) begitu juga untuk pembiayaan untuk pembelian hartanah kedua adalah sebanyak 90%.
namun bagi orang ramai yang ingin membeli hartanah lebih dari 2 hartanah untuk pelaburan seperti pembelian hartanah ketiga, pembiayaan bagi pembelian hartanah ketiga hanya akan di berikan oleh pihak Bank sebanyak 70% dari nilai hartanah(market value) ini untuk pembelian hartanah kediaman sahaja tidak termasuk rumah kedai atau bangunan perniagaan.
Selain itu juga untuk pengetahuan umum walaupun pembeli yang memohon untuk pembelian hartanah pertama ingin memohon pembiayaan sebanyak 90% ada kemungkinan juga Bank tidak dapat memberi kelulusan untuk Margin Of Finance sebanyak 90% ini di sebabkan beberapa faktor seperti Debt service ratio yang terlalu tinggi (akan saya terangkan di sesi lain), status pekerjaan pemohon yang kurang menyakinkan dan lain –lain lagi.
Di harap penjelasan dan artikel yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu orang dalam pembelian hartanah.
**********************************************************************************************************************************************************************************************************************************************
Di bawah ini teman kongsi dengan kome semua kadar keuntungan(rate) Bank Bank di Malaysia, berdasarkan pinjaman sebanyak rm 100,000.00 untuk tempoh 10 tahun, yang ada tulis tempoh berkunci maksudnya pinjaman/pembiayaan tu ada lock in period maknanya dlm tempoh tu jgn la kome semua gatai gatai nak refinance bila menang loteri nak settle pinjaman/pembiayaan kalau pinjaman/pembiayaan kome semua masih kurang 3 tahun, kang tak pasai kena bayar penalti, unless kalau kome semua nak buat amal jariah bagi bank sedekah, haah kome usha usha la dulu ya kadar keuntungan(rate) yang teman dah kongsi kat bawah, tak payah la kome nak ketuk persatu bank nak tanya pegawai bank, baik pi ketuk pintu masjid sekurang kurang kome semua dapat tambahkan amalan bekal akhirat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sini juga dah alang alang kome semua dah tengok rate pinjaman/pembiayaan tapi takda lagi idea nak beli hartanah tak ada guna juga, moh teman share 1 dari projek perumahan yang ada di bawah kendalian syarikat real estate teman.Harga bermula dari : RM 270,00.00 SAHAJA
Minat melabur hartanah dan masih tercari cari rumah yang ideal dan strategik untuk di beli hubungi teman untuk teman kongsi dengan kome antara listing hartanah yang strategik di PUSAT BANDAR KLANG, Projek ini adalah sebuah highrise development di bawah pembangunan pemaju hartanah ternama di kategorikan rumah mampu milik di bawah kelolaan LEMBAGA PERUMAHAN HARTANAH SELANGOR
walaupun apartment ini di kategorikan sebagai rumah mampu milik namun apartment ini dibangunkan oleh pemaju dengan ciri ciri sebuah apartment mewah betul betul di tengah PUSAT BANDAR KLANG, berhampiran dengan PING HWA HIGH SCHOOL, serta berhampiran dengan pusat beli belah THE STORE, mana kome semua nak jumpa.kalau tak caya moh ler kita set appoitment teman bawak kome semua tengok show room projek ni, bawah ni no telepon teman moh la call ya.
No comments:
Post a Comment