Tuesday, January 8, 2019

Apa itu CCRIS?
================
Apabila kita menyentuh berkenaan ccris pasti bermain di di dalam fikiran orang ramai khususnya ccris adalah nama lain untuk rekod pinjaman perbankan seseorang yang teruk, sebaliknya ccris bukanlah nama yang memeberi penyataan rekod pinjaman perbankan individu itu teruk, tetapi ccris adalah rekod pinjaman dalam mana- mana institusi perbankan, setiap kali kita memohon apa – apa pembiayaan dengan institusi kewangan secara automatik rekod tersebut akan di simpan, rekod tersebut yang kita panggil CCRIS, CCRIS atau Central Credit Reference Information System menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Secara ringkas, CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans.
Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis selain rekod yang kita pernah memohon pembiayaan samada berjaya atau tidak rekod permohonan tersebut tetap di paparkan.
Semua maklumat dan data kemudiannya dimasukkan ke dalam laporan kredit, dan institusi kewangan seperti bank akan mempunyai akses kepada laporan tersebut. Data pada laporan kredit akan dibahagikan kepada tempoh 12 bulan. Ia akan mengandungi kredit maklumat berkaitan seorang individu seperti di bawah:
• Kredit tertunggak
• Akaun perhatian khas, iaitu akaun dimana kemudahan kredit dibawah penyeliaan institute kewangan.
• Permohonon pinjaman kredit dalam tempoh 12 bulan yang telah diluluskan atau dalam proses untuk diluluskan.
Namun, ingat bahawa CCRIS bukan sahaja mengandungi maklumat negatif seseorang individu, tetapi ia juga mengandungi maklumat positif, seperti permohonan pinjaman kredit yang telah diluluskan dan sejarah pembayaran semula yang positif. Ramai masyarakat Malaysia beranggapan CCRIS boleh menyenaraihitam nama seseorang individu yang memiliki corak pembayaran semula hutang yang buruk.
Namun ianya tidak benar. CCRIS tidak mempunyai kuasa untuk menyenaraihitam mana mana individu, sebaliknya hanya membekalkan data untuk institusi kewangan bagi membantu mereka membuat keputusan, bagi orang ramai yang ingin mendapatkan ccris mereka boleh datang terus ke bank negara dan cetak penyata laporan ccris anda di kiosk yang di sediakan oleh Bank Negara dengan hanya membawa kad pengenalan selepas pengesahan cap jari penyata laporan ccris anda boleh di cetak serta merta.
Anda juga tidak perlu kerap untuk ke Bank negara setiap kali ingin mendapatkan penyata laporan ccris anda kerana sekarang penyata laporan ccris anda boleh di terus di akses di internet melalui laman sesawang https://eccris.bnm.gov.my/ tetapi dengan syarat orang ramai perlu hadir hanya sekali ke ibu pejabat Bank negara dengan membawa kad pengenalan untuk buat pendaftaran ccris online.
Apa Itu CTOS?
=============
CTOS merupakan sebuah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit dan juga digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon, selain daripada menggunakan laporan CCRIS. Biasanya, institut kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan kredit pemohon.
CTOS mengumpul maklumat dalam laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam seperti yang berikut:
• Jabatan Pendaftaran Negara
• Jabatan Insolvensi Malaysia
• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
• Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan.
Maklumat yang terkandung dalam laporan CTOS termasuk status muflis individu, tindakan undang-undang, status kes, pemilikan perniagaan dan sebagainya, selain itu dalam penyata laporan cctos juga ada penambahan sedikit berbanding laporan penyata ccris, di mana laporan penyata CCTOS turut boleh menyenaraikan rekod pembayaran untuk syarikat swasta yang bukan perbankan seperti syarikat Telco, courts mammoth serta pinjaman motosikal dan lain lain lagi.
Bagi mendapatkan penyata laporan CTOS orang ramai boleh terus pergi ke ibu pejabat CTOS di Bangsar south atau mana mana cawangan yang berhampiran dengan anda selain permohonan laporan penyata juga boleh di beli secara online di laman sesawang https://www.ctoscredit.com.my/Andaboleh mendapatkan laporan CTOS melalui MyCTOS. Pertama, anda perlu daftar diri anda untuk memperoleh ID Pengguna CTOS. Selepas anda mengaktifkan ID, laporan anda boleh diakses bila-bila masa temasuklah melalui aplikasi CTOS.
Sama seperti CCRIS, CTOS tidak akan mengeluarkan pandangan, komen, atau menyenarai hitam mana-mana individu.Cara membaca laporan penyata ctos/ccris adalah lihat di kotak sebelah kanan pembiayaan anda jika kebanyakan bertulis 0 bermakna tiada tunggakan bulanan namun jika nombor yang tertulis adalah nombor 1 makna ada 1 bulan tunggakan begitu seterusnya jika ada 2 bermakna 2 bulan tunggakan.
Semoga artikel yang saya kongsikan dapat memberi kefahaman pada orang ramai berkenaan laporan perbankan anda.
Minat melabur hartanah hubungi saya
HAIRI 0172767480
#sayaagenhartanah
#nukilanagenhartanah
#sayajualprojeksekarang

No comments:

Post a Comment

<b></b>6 Risiko Membeli Lot Lidi Yang Perlu Kita Tahu

Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca dari masalah harga rumah yang semakin mahal, tiada ilmu berkaitan tanah dan kei...