Friday, March 20, 2020
8 Sebab Kenapa Rumah Kita Lebih Murah Berbanding Rumah Taman Sebelah
Sebelum kita nak menjual rumah, penilai hartanah perlu dipanggil bagi meninjau dan menilai nilai semasa hartanah tersebut sebelum dijual kepada pemilik baharu.
Penilai hartanah merupakan seorang yang berpengalaman dalam menentukan nilai semasa harta / aset / tanah / rumah bergantung kepada beberapa syarat tertentu.
Baca : Apa Faktor Yang Mempengaruhi Nilai Hartanah?
Oleh yang demikian, kita sebagai pemilik hartanah tidak boleh mengatakan rumah teres 1 tingkat kita berharga RM600,000 gara-gara lokasinya terletak 10 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur.
Hanya penilai hartanah sahaja individu yang layak menentukan harga nilai semasa rumah kita.
Tujuan utama penilaian hartanah berlaku adalah kerana pihak bank ingin melepaskan pembiayaan pinjaman hartanah kepada individu / syarikat, sebuah rumah hendak dilelong, proses jual beli hartanah, SC submission (urusan syarikat untuk masuk pasaran Bursa Malaysia) atau pun di audit oleh syarikat.
Jadi, apa alasan di sebalik sesebuah rumah itu lebih mahal atau murah berbanding rumah yang berada dalam satu taman atau taman yang berbeza?
Ini penjelasannya.
1. Lokasi
Lokasi memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan nilai sesebuah hartanah. Bahkan, alamat sesebuah unit hartanah juga mampu memberi impak seperti Mont Kiara dan Segambut yang berada di dalam satu kawasan yang sama; tetapi hartanah di Mont Kiara menjadi lebih mahal kerana alamatnya.
Perkara ini berlaku kepada hartanah yang berada dalam lingkungan 500 meter dari KLCC di mana hartanah yang disenaraikan dalam alamat ‘Persiaran KLCC’ adalah jauh lebih tinggi nilainya berbanding hartanah yang mempunyai alamat ‘Jalan Ampang’ sahaja.
Dari sudut luaran pula, jarak dan lokasi hartanah yang terletak di pinggir bandar, pusat bandar, pedalaman dan sebagainya turut memainkan peranan yang besar.
2. Kemudahan
Sungguhpun hartanah anda terletak 10KM dari pusat bandar, tiada gunanya jika hartanah tersebut tidak mampu diakses dengan lebuh raya terdekat dan pengangkutan awam seperti KTM, MRT dan LRT.
Oleh yang demikian, semak kemudahan yang sedia ada bagi memudahkan hartanah anda mampu diakses dengan mudah hatta dengan motorsikal!
3. Status Tanah
Ramai yang sedia maklum bahawa terdapat dua jenis status hartanah yaqni freehold (pegangan kekal) dan leasehold (pajakan).
Hartanah leasehold biasanya merupakan petak hartanah yang disewa dari PBT atau Kerajaan untuk satu tempoh dan mampu diambil semula pada bila-bila masa.
Baca : Antara Freehold & Leasehold (Pegangan Bebas vs Pegangan Pajakan)
Hartanah dengan status tanah freehold adalah jauh lebih mahal berbanding leasehold dan jauh lebih mudah untuk dijual.
Ini berbeza dengan status tanah jenis leasehold yang harganya lebih murah berbanding freehold dan lebih sukar untuk dijual.
Akan tetapi, bekalan hartanah jenis freehold tidak banyak di kawasan pusat bandar dan terletak banyak di kawasan pinggir bandar.
4. Saiz Keluasan
Keluasan unit kediaman mengikut kaki persegi akan dikira dalam menentukan nilai semasa hartanah tersebut. Untuk hartanah jenis high rise seperti flat, apartmen dan kondominium, tingkat kediaman juga memainkan peranan.
Kemudahan lif juga amat mempengaruhi nilai hartanah high rise kerana hartanah high rise yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi dan tidak mempunyai lif akan dinilai rendah oleh penilai hartanah.
Hartanah di ground floor adalah lebih murah berbanding tingkat 1 kerana faktor privasi.
5. Pemandangan
Buka tingkap dan beranda rumah kita dan lihat apakah pemandangan yang dapat dilihat di depan mata.
Sekiranya pemandangan yang kita saksikan adalah tasik, kolam renang atau apa sahaja yang menenangkan fikiran, ia akan membuat harga rumah naik.
Berbeza dengan rumah yang menghadap kubur atau loji dan pusat kumbahan najis.
6. Renovation
Rakyat Malaysia memang gemar buat renovasi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tetapi renovasi yang kita lakukan hanyalah sia-sia sekiranya tidak menyimpan resit renovasi sebagai bukti kepada penilai hartanah.
Andai kata renovasi yang kita lakukan adalah di luar rumah, kita wajib mendapatkan surat kebenaran dari Majlis Perbandaran Tempatan terlebih dahulu.
7. Kondisi
Adakah kawasan rumah kita sesak pada waktu puncak dengan kepadatan penduduk yang tinggi?
Atau adakah sampah sarap diselia oleh Majlis Perbandaran Tempatan mengikut waktu?
Semua perkara ini mempengaruhi nilai hartanah anda.
8. Lot Rumah
Akhir sekali adalah lot rumah yang berkait rapat dengan keluasan rumah kita. Samada rumah berada dalam lot tengah atau lot hujung.
Sekiranya hartanah kita terletak di lot hujung (end lot), nilai hartanah kita adalah lebih tinggi berbanding unit tengah.
Sebelum kita hendak menjual hartanah, pastikan kita ketahui poin-poin ini dengan baik agar tidak terkejut sekiranya nilai hartanah kita jauh lebih murah berbanding anggaran.
Ingat! Hanya penilai hartanah profesional yang layak menentukan nilai semasa hartanah kita mengikut prosedur dan disiplin yang telah ditetapkan.
CREDIT & REFFERENCE : MAJALAH LABUR
Conclusion
if all of you still looking to invest in properties but dont know how to start???
🕵️♂️ i would help all of you to recommend one of the best properties in Klang Valley
THE ARCUZ KELANA JAYA
✔I will recommend Grade A properties to buy for invesment
✔I will suggest the best option to choose tenant
✔i will manage portfolio client to manage their properties invesment if client dont have time to manage their invesment
********************************
Looking real living home??
MORE INFO
call/whatsapp : HAIRI 0172767480
call/whatsapp : HAIRI 0172767480
call/whatsapp : HAIRI 0172767480
********************************
FB:MYBELI Hartanah
linkedin :MYBELI HARTANAH
#MYBELI HARTANAH
#IAMPROPERTYCONSULTANT
#GODFATHEROFPROPERTY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
<b></b>6 Risiko Membeli Lot Lidi Yang Perlu Kita Tahu
Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca dari masalah harga rumah yang semakin mahal, tiada ilmu berkaitan tanah dan kei...

-
With the Covid-19 pandemic, Malaysia’s real estate market is expected to shift from a seller’s market to a buyer’s market. Speaking at ...
-
Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca dari masalah harga rumah yang semakin mahal, tiada ilmu berkaitan tanah dan kei...
No comments:
Post a Comment